Benda sudah pun terjadi. Seorang lagi pelapis
negara “gugur” sebelum berjuang apabila dibunuh rakan seperjuangan sendiri.
Berteriak pun tiada gunanya. Yang perlunya sekarang, apa langkah-langkah yang
telah dibuat sebelum ini dan akan datang bagi membanteras kes buli sampai mati ini?
Kes buli di sekolah di kalangan pelajar-pelajar sudah lama dah.
Yang lebih tepatnya kes buli pelajar senior vs pelajar junior. Biasanya sekolah
yang mengandungi pelajar asrama daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5
sangat-sangat ketara kes bulinya disebabkan jurang usia berbanding sekolah
berasrama yang mengandungi tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja. Kes buli juga
lebih kuat dan keras bagi sekolah berasrama yang mengandungi pelajar lelaki
semata.
Keluarga
hantar anak untuk menuntut ilmu tetapi kematian yang mereka terima. Salam
takziah kepada keluarga Allahyarham. Makin lama makin bertambah teruk dan
serius kes buli di sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Kalau dahulu “ragging
di sekolah” lebih bersifat untuk menanam perasaan hormat dan memupuk semangat silaturahim
antara pelajar senior dan junior. Tetapi sekarang, masing-masing mahu tunjukkan
kekuasaan mereka dan menanam perasaan takut antara pelajar senior dengan
pelajar junior.
“Hormat
tidak perlu dipaksa, ditekan dan disuruh tetapi sebaliknya perlu dipupuk dengan
cara yang betul”. Dahulu ragging memang amalan biasa di mana-mana sekolah
tetapi tiadalah sehingga sampai memberikan kecederaan kepada pelajar. Apa motif ragging sebenarnya?
§
Untuk menyamaratakan taraf
samada yang datang daripada golongan susah mahupun golongan yang berada.
Dilatih untuk bekerjasama, mula daripada bangun tidur dan mengemas bilik, minum
pagi bersama, pergi ke kelas, makan tengahari bersama, rehat dan sebelah petang
bersukan bersama.
§
Saling hormat menghormati
antara junior dan senior supaya sebarang program dan perjalanan di asrama
berjalan lancer.
§
Tiada seorang yang akan
boleh tertinggal atau tak mahu mengikut program yang diatur.
§
Kalau ada yang keras kepala,
semestinya akan mendapat “lebih perhatian dari pelajar-pelajar senior” akan
didenda dengan tujuan mendidik dan diberikan peringatan bukannya menghukum.
§
Dengan itu, terhasillah
pelajar asrama yang berdisiplin.
CONTOH KES BULI :
Kita pasti
dah mengetahui kes kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad
Sobri (16 tahun) yang merupakan pelajar Maktab Tentera Diraja setelah tidak
sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya
di dalam sebuah bilik di sekolah itu, awal pagi pada 24 Jun 2010. Sedikit
sebanyak rentetan ringkas kejadian tersebut ada di bawah ini:
1.
Mohammad Naim Mustaqim
Mohamad Sobri merupakan anak sulung, datang dari keluarga susah tapi keputusan PMR
cemerlang dan masuk Maktab Tentera Diraja (MTD) pada Februari 2010.
2.
Aktif main ragbi dan sepatutnya
ada kejohanan ragbi SMSS pada minggu tersebut.
3.
Kemudian datang pula
pelajar-pelajar yang berlagak samseng kepada adik Mohammad Naim Mustaqim
Mohamad Sobri dan diberikan hukuman tekan tubi.
4.
Sekitar pukul 10:45 malam
(23 Jun 2010) sedang Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri melakukan tekan tubi
itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan
mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil dan kemudiannya
terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri.
5.
Seorang anggota tentera
yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di
biliknya pada pukul 12.15 tengah malam.
6.
Mangsa kemudian dikejarkan
ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan diberikan rawatan kecemasan
selama 50 minit.
7.
Pelajar malang tersebut,
Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di
Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal
dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
8. Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai
Besi pada pukul 2 pagi (24 Jun 2010).
9. Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat
dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong pada sebelah malam.
10.Kes ni sudah dalam BOI (board of investigation) tentera dan jadi
kes polis juga.
11.
Polis menahan lima pelajar
tingkatan 5 Maktab Tentera Diraja (MTD) selepas diserahkan oleh pihak tentera
kepada pihak polis.
Pelajar-pelajar sekarang semakin berani untuk melakukan pelbagai perkara termasuk memukul, membunuh dan sebagainya..kemanakah nilai-nilai kemanusiaan mereka..sikap2 yang negatif ini semakin menjadi2 dalam kalangan pelajar..adakah mereka ini tidak didik dengan ddkn agama dgn btl?kebnykn mereka yg mempunyai mslh ini kebiasaannya adlh pljr2 yg kurg mndpt perhatian drpd ibubapa. Jadi,sbgi guru jika kt rajin berdmpng dgn ank murid kita mngkn mslh sprt ini mgkn dpt dikurgkn.
BalasPadam