Berita Terkini

Harvard University Malaysia Sudah 2 Tahun, Tiada Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard? Apa Sebabnya?
Sejak dari tahun 1985 hingga 2010, ada permohonan-permohonan dari Malaysia untuk menuntut di Harvard. Dan setiap tahun, sekurang-kurangnya seorang yang berjaya diterima masuk. Bezanya sejak 2 tahun terakhir, menunjukkan kesemua permohonan-permohonan pelajar  Malaysia untuk masuk ke universiti paling berprestij di dunia, Universiti Harvard ditolak kerana dilihat tidak layak dari segi kualiti dan kebolehan untuk bersaing.

Benarkah? Apa masalah yang diperbetulkan sekarang ini dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang ini? 

bacaan lanjut sila KLIK  :  http://beritasemasa.com/univerisiti-harvard-malaysia


PEMBUDAYAAN SEKOLAH PENYAYANG


Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ianya mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana para generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995 )

Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.


Modul Konsep Sekolah Penyayang  KLIK :  http://www.slideshare.net/Syaaban/kertas-konsep-guru-penyayang.