Santapan Rohani

Himpunan kata-kata motivasi untuk membakar semangat anda...

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')

************************************************

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah).


**************************************************************

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
❤ Orang beribadah disangka riak
❤ Orang yang “relax” disangka malas
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
❤ Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
❤ Orang makan banyak disangka pelahap
❤ Orang makan sikit disangka “diet”
❤ Orang baik disangka buruk

☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...

******************************

DIAM diibaratkan seperti sebilah pisau yang di simpan dan hanya di gunakan bila perlu... Sekali guna, mampu mengerat-ngerat apa sahaja yang berada di depannya dengan mudah....

Tetapi...

Banyak bercakap pula ibarat sebilah pisau yang sentiasa diguna untuk semua benda... Hingga satu ketika, ianya gagal untuk memotong apa2 pun sekalipun benang yang nipis...

***************************************

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita....

*********************************************
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Di akhir zaman nanti akan wujud manusia yang pada luarannya adalah sahabat, akan tetapi pada dalamannya adalah musuh. Baginda telah ditanya orang. Ya Rasulullah! Mengapakah ini berlaku? Rasulullah SAW bersabda: Persahabatan secara luaran adalah kerana ada keperluan antara satu sama lain. Dan kerana ada permusuhan secara dalamanlah wujud rasa khuatir satu kepada yang lain. (HR Musnad Ahmad)

Random Hadith Widget ***************************