31 Ogos 2012

UJIAN KHAS KE ASRAMA PENUH




PUTRAJAYA - Satu ujian khas mungkin diwujudkan bagi kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh untuk menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) jika ia dimansuhkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ujian khas tersebut tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

“Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar,” katanya selepas menerima lawatan anak-anak dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini semalam.

Katanya, ketika ini begitu ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak mahu memasuki sekolah berasrama penuh dan mahu kekal di sekolah harian.

Beliau berkata, banyak cara boleh digunakan bagi dijadikan mekanisme kelayakan ke sekolah berasrama penuh dan tidak menolak kemungkinan UPSR diubah suai sebagai ujian khas itu.

Ditanya sama ada kedua-dua peperiksaan awam itu akan dimansuh atau salah satu sahaja, Puad berkata, keputusan itu akan bergantung kepada maklum balas masyarakat.

sumber : KOSMO ONLINE

1 ulasan:

  1. inilah seperti yg dibincangkan dlm blog sy, jika PBS dilaksanakan sepenuhnya untuk menggantikan UPSR masalah timbul untuk menilai gred murid bagi kemasukan ke sekolah elit..maka satu ujian khas perlu difikirkan utk menilai kelayakan seseorg murid.

    BalasPadam