Guru adalah batin suci hati nurani, penjunjung budi, manusia yang takwa, obor hemah kehidupan bangsa. Ayuh terokai laman kami.... Laman perkongsian ilmu dan isu-isu pendidikan di Malaysia.
3 September 2012
5 Ciri Bilik Darjah Yang Kondusif
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajara. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.
bacaan lanjut sila KLIK : http://permatapemulihan.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan