Guru adalah batin suci hati nurani, penjunjung budi, manusia yang takwa, obor hemah kehidupan bangsa. Ayuh terokai laman kami.... Laman perkongsian ilmu dan isu-isu pendidikan di Malaysia.
3 September 2012
Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?
Baru-baru ini JPA bercadang untuk menempatkan kalangan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) di dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, cadangan penempatan PTD tersebut telah dibantah keras oleh kalangan guru-guru di Malaysia.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengadakan pertemuan dengan persatuan guru bagi menyelesaikan isu menempatkan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata JPA perlu mendengar sendiri suara hati guru dalam isu berkenaan supaya kebimbangan serta keresahan mereka dapat diselesaikan.
sumber : http://cheguabbas.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Secara umumnya PTD di semua kementerian yang mentadbir berfungsi melakukan kerja-kerja berikut: pentadbiran awam , pengurusan kewangan, perolehan kerajaan, pembangunan, pengurusan sumber manusia (tanpa melibatkan diri dalam kenaikan pangkat skim), dan lain-lain pentadbiran umum.
BalasPadamSaya optimis sekiranya PTD diserap dikementerian pelajaran, tidak akan ada seorang PTD pun akan ditempat di sekolah-sekolah mahupun di PPD. ini kerana PTD mentadbir pentadbiran umum sebagaimana yang telah di jelaskan dan bukan bidang strategik perguruan dan pendidikan. Maka guru-guru yang mengajar di sekolah sama sekali tidak akan merasai kehadiran PTD. Dek kerana itu yang menghairan saya apa yang ditakuti sebenarnya oleh persatuan guru-guru? kerana PTD tidak akan mentadbir guru. sebagaimana PTD tidak mentadbir ATM, Polis, Bomba, JPAM, Doktor dan sebagainya di kementerian masing2.